I'm an introvert and a simple minded girl. Love to share everything and keep it as memory. P/S: NOT A TOXIC PERSON :D

CLICK THIS!!!

navigate

about & cbox Instagram blogskins Follow Entry twitter ask.fm facebook

You are the brightest shine i've been waiting for.

MASUK UNIVERSITI SWATSA??!!
Saturday 21 May 2016 22:48:00 | Written by jihanjihyun | 2 comments

HAI!! Kali ni saya nak cerita pasal macam mana saya dapat masuk Universiti. Lepas SPM, semua orang punyalah komain lagi merdeka2 bagai termasuklah Jihan. Tiga bulan sebelum SPM dh plan dh cuti nak buat ape. First,nak cari job,nak side income untuk beli baju and kasut banyak2.Secondly,nak amik lesen kereta la,ofcos. Then ade lah planning bagai untuk 2016 sebelum nak masuk universiti. So,normally, bekas mangsa SPM akan bercuti dri bulan 12 2015 sampai lah bulan 5 2016 sbb nak tunggu result upu keluar. Bayangkan, hampir setengah tahun cuti non stop! GOSHHHH.... TAPI, saya dapat cuti only for 4 months.. sadis? tak sangat,nyeh? Eh,biarlah!Kwn lain dpt cuti 6 bulan! Gila x jealous??! 

So,whatever la.Masa cuti lepas SPM tu,mama tak bagi kerja sbb saya perempuan kan and mama suruh focus on lesen kereta je.. Serious x suka pakcik ajar kereta tu hahahahah! Ajar entah ke mana,marah je lebih.Kalau saya dh pandai,x hingin aku bazir duit bagi ko suruh ajar. Baik terus amik JPJ senang.K,fine..Akhir bulan 1 2016 baru start amik lesen bagai and first try JPJ saya, akhir bulan 3, gagal kat litar (bukit). Alhamdulillah kat jalan raya pass. The next week should be repeat my JPJ test,tapi saya dapat call dri guru kaunseling sekolah saya (Sekolah tercinta ye,SKK Iskandar Shah).Katanya saya dapat offer dri MMU (Multimedia University) full scholarship dalam bidang Engineering. Seriously,I'm truly shock to hear bout it. Tapi at the same time happy,excited,bangga and mcm2 lagi. Yelah,saya bukan dari keluarga senang and my siblings never got any scholarship before.Semua amik pinjaman dari PTPTN and MARA. Of course rasa excited! So,akhir kata,saya accept je tapi kena tunggu result nanti. However I'd got scholarship, rasa takut tu ade,lagi2 MMU tu swasta. Takut banyak pulak kena bayar. And scholarship, mmg 100% kena blajar betul2. 
Saya ni jenis blaja last minute,malas,and seangkatan dngn semua tu. Tapi satu je,saya fokus dalam kelas (tipulah x pernah tidur dalam kelas). Lagipun,MMU ni ranking pertama dalam Malaysia untuk University swasta and top 200 dalam Asian and World.

Keesokan harinya, saya dapat panggilan,tapi dari nombor lain. Rupanya panggilan dari MARA.And guess what!!?? I've got offer from MARA to further study at JAPAN!!!OMG!!! Tahu x,dalam kereta tu jugak lompat2,jerit2 kat mama. Alhamdulillah!! Rezeki lepas azab SPM~ Balik je rumah,bincangkan abg kakak. Ramai kata amik Jepun,tapi... ya... I know my limit. mcm sape je x nak Jepun tapi all risks saya senaraikan and bandingkan ngan MMU. Which are the most better between these two? Niat nak blaja kat Jepun tu awal2 dah salah. Sbb nak prove kat saudara mara jgn pandang rendah keluarga saya. Yelah, semua saudara mara ade belajar and kerja bagus2. So diorg pandang abg kakak mcm taik je. Niat awal tu mmg dah salah sbb kiranya mcm nak show off.Tapi show off mane pon,last2 junam gak,baik jgn amik risk tu. 

Masa ni Matriks and UPU x keluar result lagi.So mmg x boleh nak predict which one better. At the end,saya serah je semua kat Allah. Mane yg paling mudah,tu saya amik. Masa dpt panggilan dari MARA,pegawai tu ade ckp saya tersenarai dalam offer tu and lepas solat jumaat (hari jumaat),diorg akan telefon balik.But after 3 days later saya tunggu,still xde panggilan dri MARA.So,I decided yang Japan is not my rezeki. Lepas tu,mama call MARA nak update pasal scholarship Japan,rupa2nya, the highest position boss tak terima nama saya because my physics was B+. Sad reality but actually,rasa lega sangat sbb offer ke Japan bukan calang2. Nak bwk diri,belajar,makanan,duit bagai,it was too hard. Duit mata Malaysia makin jatuh and Japan sekarang asyik gempa bumi.Ade hikmah everything Allah aturkan cantik.

Next week,hari khamis,i was informed to go to MMU Ayer Keroh,Melaka for interview.That night, I'd prepared all about MMU;history,course,fee and many. I arrived there about 9.30 am and spent about 30 mins searching for Sri Ruby-Student Affairs Division (STAD).Fuuhhh.. 

Then,kat dalam tu,ade lah beberapa orang and saya tngk,seriously,semua mcm main henset and tak baca apa2.Rileks sangat.Walhal saya punya la repeat and repeat semua fakta pasal MMU and get ready for my English (kot2 kena speaking kan..). Bila interviewer tu dah smpai,terus die panggil kitorg masuk. Nama die En. Fariz and die actually dari MMU Cyberjaya. Saya ingatkan die nak interview kitorg sekali gus.Tapi,dia terus minta kitorg isi borg permohonan.Serious saya confuse masa tu.Rupanya takde interview,terus dpt offer fully scholarship dari Zakat Ibnu Haitam under YUM (Yayasan Universiti Multimedia). Ditawarkan course Engineering and actually untuk degree,tapi sbb kitorg baru lepasan SPM,kitorg kena amik foundation (asasi) for a year and tak salah saya 4 years for degree. Still long to go... Tapi Alhamdulillah sangat!! Murah rezeki Allah bagi kat ibu bapa saya. Duit hostel,makan,yuran,pendaftaran,duit sara diri,no need to worry about lagi. So I'm the one who have to work really hard to get better result in study.

Actually,saya banyak pilihan boleh pilih sbb saya dapat matriks kat Banting,Selangor. And upu,I've got UiTM course Diploma in Chemical Engineering kat Pasir Gudang,Johor. Semua ni dekat ngan family saya and saudara mara. Kat Pasir Gudang ade Tok Mah and Mak Long and Selangor,of course,Selangor...ramai saudara hahaha 

And the latest one is, saya dapat panggilan dri YPM (Yayasan Pelajaran Mara) sbb masa Form 5 dulu saya diantara 9 orang anak angkat YPM. Diorg tanya everything pasal matrik dapat mana,upu dapat mana,course ape,status skrg kita bagai. And rupanya diorg nak carikan scholarship utk kitorg. Alhamdulillah,ade jugak rezeki kwn2 lain nak dpt biasiswa lagi2 my kepoh friend "AINI" one of us too. Congrats to her sbb dpt UiTM course Microbiology which is sampai mati saya x kan amik course tu. Conclusion nya, saya tolak die nak carikan biasiswa tu sbb saya dah under YUM. FYI,once kita dh dpt biasiswa,of course,kita terikat ngan biasiswa tu,and x boleh amik biasiswa lain or pinjaman. Ianya langgar perjanjian biasiswa. So,disbbkan saya dah nak dekat 2 bulan stay MMU,saya teruskan biasiswa and course ni kat MMU. Yayyy!!!and btw,me and others under YUM, kitorg first batch yg dpt biasiswa dari zakat ni. Duit zakat weyyyyy!! Jgn main2. 



                                            

ni dekat depan library,serious,feeling Japan sekejap huhuhu
budak pakai tudung hot pink tu bdk paling comel kat dlm reban ayam,and bdk pakai tudung light pink tu no comment..no achievement hahahaha
Dalam library,sentiasa mood blaja on je.Bangga tngk buku banyak tapi jenguk pon tidak.

K,time for hostel roommm!!! disebabkan sebelum ni kakak and abg semua masuk UiTM, tngk bilik diorg pon dh down dah...mcm satu bilik kecil share smpai 4 org,2 katil double decker bagai.loker kena mangga,kecil and meja study menghadap tingkap.Well, takut malam2 org ketukkan.Dah bayangkan lah mcm mane bilik nnti. Actually xde la nak mewah2.Standard ah org masuk uni nak blaja,bilik tu sementara je,tapi at least bilik tu kena selesa la kan.tak kan nak duduk situ bertahun2 dngn tak selesa. So bila dh masuk MMU, ni hah,jgn nak banyak complain. Bilik die dah cukup baik sngt! Excited tau! Siap ade balkoni. Macam lain bilik,lain besar and bukan semua ade balkoni. And bilik yg ade balkoni ni kira mahal la jugak.Mcm kondo bagai...


Pintu nak ke balkoni.



Saya dapat katil atas yay! Fully kipas

View dari balkoni,selalunya pintu balkoni biar bukak sbb sejuk skit smpai x sedar dh pukul 3 pagi study. Dari sini mcm2 ye boleh dengar. Org gaduh jerit2,org main mercun,tngk org main bola (ade padang depan hostel) and boleh jenguk kereta mama dah smpai ke belum.

Meja study. Excited tau ade meja study. Kat umah takde bilik,so study meniarap je.Tapi kat sini pon x slalu study sbb panas.

Ade 2 loker untuk 2 students and rak kasut dh disediakan
kat sini,satu bilik 2 orang,so takde la sesak sngt and takde la nak menghadap ramai budak.. Jiran2 kat sini pon x banyak.Banyak kosong.Tunggu June intake nnti,mesti ramai masuk,dapatlah jiran bnyk~ huhuhuhu btw,kalau duduk sendiri ni,jgnlah sommbong sngt. Paling2 pon senyum kalau berjumpa tu. Dh besar org kata makin berilmu,tapi sebaliknya pulak lahaiii... oh ya! disbbkan MMU ni swasta,kalau korg keluar bilik tu,rajin2 lah tutup aurat sbb chinese and indian mix in here.So kadang2 saya nak ke tandas amik wudhu ke,mandi ke, selalu terserempak ngan Chinese. Kalau nmpk saya lari tu bukan nak sombong,tapi actually takut tahap gila tu sbb x pakai tudung. Facilities kat sini pon sume in good condition cuma lif dalam bangunan ke kelas tu uzur sikit,yelah,MMU Melaka ni bekas bangunan Telekom dulu,so lif die tu gegar sikit. Nak buat penggambaran cerita hindustan cintan cintun mmg awesome.Nampak real. And kat hostel ni ade machine air,snacks ngan ade dobi.Tapi semuanya kat tmpt hostel lelaki. Sebab diorg buat mcm tu mungkin kalau buat kat tmpt perempuan,insecure la sbb lelaki nak keluar masuk.Tapi ape salahnya letak vending machine satu kat hostel perempuan lahaii...

So kat sini ade CIMB Bank,Maybank ATM, Poslaju,Mart (Beli ape yang patut je sbb mahal), kedai henset and topap, food court,cafe and cyber cafe. Dulu kat sini ade Mac City (almaklumlah,tmpt bdk2 kaya). Dekat luar MMU ni banyak tmpt makan and ada tmpt print murah. dekat2 sini pon ade Jusco and Malacca Mall. So mmg xde masalah nak cari barang sbb kat tngh2 bandar Ayer Keroh.

So,tu jelah saya boleh bagitau serba sedikit pengalaman masuk Universiti swasta. Bukan nak kata universiti awam x bagus,semua sama je.Cuma mcm mana adaptation kita kat setiap tempat kita kena lalui.Lastly, CONGRTS TO ALL MY FRIENDS sbb dapat masuk tmpt yg best2 belaka,dpt course yg superb and dapat biasiswa. Lagi2 Nurin and Ala dpt A-Level utk Perubatan and Engineering kat Germany. Korg ni otak gila ah,aku x leh challenge. Qila dpt UM,and yg lain2 lagi. Mira dpt UTHM,Aini dpt UiTM and aku doakan Siti dapat scholarship utk die further study dalam bidang nursing woooapppppp!!!

That's all!



NEWER POST
OLDER POST
Blogger Unknown said...

berapa hari nak tunggu keputusan biasiswa tu ehh?

 
Anonymous Anonymous said...

hi! nak tanya, after foundation boleh sambung degree kat uni lain or kena sambung di MMU juga?

 

Post a Comment



Full tempate by wanaseoby | cursor by The Lukee