I'm an introvert and a simple minded girl. Love to share everything and keep it as memory. P/S: NOT A TOXIC PERSON :D

CLICK THIS!!!

navigate

about & cbox Instagram blogskins Follow Entry twitter ask.fm facebook

You are the brightest shine i've been waiting for.

My Supplement Intake !!! - "Glutapanacea ,Aura Bio Vitamin C 1000 mg and Vitahealth Eyebright Plus"
Sunday 26 June 2016 23:58:00 | Written by jihanjihyun | 0 comments


Assalamualaikum and haiii to everyonee!! Hari ni Jihan nak share pengalaman Jihan amik pil-pil supplements sepanjang sebulan ni.. Actually mmg awal2 Jihan nervous nak cuba.. Yelah,first time nak cuba pil-pil ni bagai..takut nak cantik punya pasal,sakit pulak nanti. Tapi Jihan ni jenis jarang minum caffeine, manis,bergas and mmg Jihan disiplinkan diri sehari kena minum 3 liter or lebih air mineral. Kalau dekat MMU, susah nak cari air, nak refill sbb fountain air chlorine.. sepatutnya tak patut minum sbb tak sihat sangat, tapi Jihan ni kadang2 air paip pon minum kalau tak cukup air hahahahaha (bukan di bulan ramadhan ye)

First sekali, mak Jihan ada belikan Jihan pil untuk mata. Maklumlah,mata Jihan ni rabun and silau dia tinggi sbb Jihan ni selalu menghadap komputer, handphone, ngan tv je keje. So, Jihan dah nk dekat 5 kali tukar spec sbb power asyik meninggi ke langit (sbb selalu patah and hilang jugak). Mak Jihan beli pil "Eyebright Plus" dari jenama Vitahealth. Boleh dapatkan dimana-mana farmasi. Function die untuk kekalkan power mata kita supaya tak tinggi and stay je power die. Tapi kalau amalkan permakanan secara kosisten berbulan-bulan, insyaAllah, power tu boleh turun. Dia ade dua jenis botol, satu ade 30 biji (pemakanan dalam sebulan) and lagi satu ada 120 biji (pemakanan dalam 4 bulan). Mak Jihan beli yg utk 4 bulan punya sbb dapat murah skit. Harga pon tak mahal sangat pon, mcm RM 120 utk 120 biji. So, after a month I’d consumed this product , masih tak nampak perbezaan. Takde penurunan power,makin jelas ke, atau dah tak perlu pakai spec ke.. Takpe, benda ni bukan makan terus mata sembuh. Even you want to maintain your power takes a lot of time, lagilah nak turunkan power,right? It’s okay. Just consume this constantly and insyaAllah,your eyes will be better. Kita just ikhtiar je,k huhuhu




The second product is Glutapanacea!! Okey,produk ni supplement pemutih dan kecantikkan,keluaran Pang (Winkwhite) Thailand. Sekarang banyak collagen dengan supplement daripada Thailand and ramai orang Malaysia cuba sebab orang Thailand sekarang ramai dah putih gebu bersinar glowing bagai. Orang Malaysia ni nak la jugak ikut so popular la semua jenama Thailand ni kat Malaysia. Maknyah2 kat sana pon dah macam perempuan betul je. Maknyah Malaysia pon nak try la jugakkan.. Okey la, kandungan dalam produk ni penuh dengan Glutathione,iaitu nutrisi yang paling diperlukan dalam badan untuk penjagaan tubuh dengan kulit. FYI,produk ni jugak ada banyak kebaikan yang lain,iaitu : -

  • menganjalkan kulit dan keluarkan zat bahaya daripada badan
  • meratakan seluruh warna kulit
  • tingkatkan daya tubuh badan dan stamina
  • memudarkan parut jerawat dan parut luka
  • merawat jerawat dan jeragat
  • mengontrol minyak diwajah
  • melembutkan kulit


So,ikutkan cerita Jihan pon cubalah beli satu kotak,ada 30 biji pemakanan untuk sebulan.Lepas amalkan selama seminggu,Jihan punya jerawat keluar banyak gila!!! Luar biasa! Tak pernah Jihan ade jerawat penuh satu muka, dengan merah2, pedih bagai. Semua tegur kata Jihan stress study ke, Jihan dah pandai bercinta ke, walhal Jihan pakai produk untuk hilangkan jerawat.
Hhhhmm…. Jihan rasa lah, jerawat Jihan keluar banyak gila sbb produk ni nak keluarkan segala minyak2 dalam kulit muka Jihan ni. Nak bersihkan secara menyeluruh. Nanti bolehlah flawless muka putih bebas jerawat huhuhu~ Minggu kedua, mak Jihan pon tegur muka makin putih merah macam tu (Jihan tak pasti sbb produk ni or sbb Jihan pakai Garnier Sakura White). Jihan pon perasan kulit tangan Jihan makin cerah sangat. Kalau letak tangan sebelah tangan abang Jihan memang macam taik cicak. Hitam putih hahahaha. Actually takde la kulit Jihan putih sangat, just cerah la. Jihan malas pulak nak tangkap gambar before after sebab lighting kat rumah tak berapa nak menarik sangat.Lepas pakai sebulan,still jerawat masih ade tapi dah tak merah macam mula2. Banyak orang dah putih and flawless sebab dah telan berkotak2, so Jihan baru makan 1 kotak. Takkanlah nak hasil muka flawless mcm muka org dah makan berkotak2, kan? Sabar je.. Nnti Jihan cubalah beli satu lagi kotak bile dah ade duit sikit hahaha





Kandungan dalam dan packaging dia

And the last one issssssss……. Aura Bio Vitamin C 1000 mg! Mungkin ramai orang tak pernah dengar,right? Jihan pon first time dengar masa nak beli Glutapanacea tu. Penjual tu kata lah, kalau amalkan Glutapanacea dengan Vitamin C ni, lagi mustajab. Kira mcm booster la vitamin ni untuk dapatkan kulit yang cantic lagi cepat. Dah nama pon vitamin C lahaiii… Satu botol ada 30 biji gak,pemakanan untuk sebulan.Function dia gak sebagai antioksidan and protect kulit dari UV light gituuu…So kelebihan die sama je macam Glutapanacea cuma ada tambahan sikit2 iaitu :-

  • Melindungi system saraf,melindungi otak dan kesan buruk dari stress
  • Membantu kekebalan tubuh
  • Tingkatkan aliran darah dan kesihatan jantung
  • Mengatur kadar gula darah dan tekanan darah
  • Menjaga kesihatan sendi,saluran pernafasan,tulang,gigi dan gusi






So,tu je yang Jihan amalkan and kesan setakat ni Jihan puas hati jelah.. Takpelah sikit2 nampak kesannya dari tak nampak langsung,kan? Selalunya supplement ni amik masa perut tengah kosong. Selalu Jihan amik masa bangun pagi tu sebab dah pasti perut memang kosong. Ada sesetengah amik masa sebelum tidur tapi kadang2 ada orang jenis suka makan malam, so nnti effect dia mcm hambar je. Hahahaha ikut jelah ye. Amik sehari satu pil je dah cukup. And paling penting, kalau amik supplement macam ni, PLEASE, minum air mineral/masak banyak ye! At least minum 3 liter sehari and kurangkan minum minuman bergula, bergas, caffeine untuk kesan yang positive. Caffeine tu bukan kopi je ye, tea pon sama. Kalau korg tu jenis dah addicted dengan caffeine, kurangkan lah sikit2.. InsyaAllah,bolehhh~ Air gas tum mg kena buang terus dari list ye. Selain tak bagus untuk kulit,ia juga tak baik untuk otak dan badan ye huhhuhuhu cuba ke arah lebih sihat konon hahaha



NEWER POST
OLDER POST

Post a Comment



Full tempate by wanaseoby | cursor by The Lukee